Aku Mahu Kamu

Aku Mahu Kamu EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati Biarpun sukar dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah Namun suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya Padahal

  • Title: Aku Mahu Kamu
  • Author: Aleya Aneesa
  • ISBN: 9789831245064
  • Page: 393
  • Format: Paperback
  • EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu satu nya permata hati Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad KeegoanEMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu satu nya permata hati Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati Dia nekad membawa diri Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

    One thought on “Aku Mahu Kamu”

    1. Diamnya Ziyad selepas kematian anaknya Faiq disalah ertikan oleh si Isteri. Perginya si isteri disalah ertikan oleh si Suami.Layanan yg baik kepada teman sekerja di salah ertikan oleh Fazlen. Dan yg menguatkan cintanya kepada Ziyad kerana dia fikir Ziyad juga telah melupakan si isteri kerana tiada gambar isteri di ofis dan tidak pernah menyebut nama itu lagi selama bertahun perkenalan mereka.Pokoknya, hati manusia ni cepat tersentuh dan sering buat andaian sendiri.

    2. AMK membawa kita menyelami bagaimana rasanya apabila kita kehilangan seseorang yang paling kita sayang. Bagaimana kita cuba menerima ketentuan itu dan cuba merawat rasa kehilangan. Kematian Faiq Fallah [Faiq:] benar-benar meragut kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Antara Qisya Khaleesa [Qisya:] dan Ziyad Fallah [Ziyad:], siapa sebenarnya yang paling derita? Kehilangan memang bukan sesuatu yang mudah. Malah terlalu menyakitkan untuk diterima. Namun, sikap Ziyad yang terlalu meletakkan ke semu [...]

    3. i love this. sebabnya, ia kisah kasih sayang satu family. sedih dan menyayat hati walaupun happy ending. :) agak enjoy baca AMK walaupun watak2 utama, hero n heroin dua-dua pun mcm ego.

    4. Kisah yang sangat menyayat hati tentang pengorbanan seorang isteri yang sangat terluka dek kata-kata si suami. Si suami pula tak putus-putus rasa menyesal kerana bukan niatnya untuk melafazkan kata-kata kejam pada si isteri tatkala mereka berdua sedang berkabung kematian permata hati. Ziyad memang sangat kejam. Rasa macam nak tenyeh2 jer muka dia. Sampai hati suruh Qisya naik teksi apabila dia mengadu kesakitan kepala. Macam dia sorang jer yang sedih dengan pemergian Faiq. Qisya yang terasa hati [...]

    5. Kisah bermula apabila Qisya Khalesa (Qisya) bertemu dengan Ziyad Falah (Ziyad) bila Ziyad datang ke tempat kerja Qisya bagi memohon lesen perniagaan. Uniknya hubungan mereka berkembang hanya disebabkan sebatang pen oren. Haha. Sebenarnya Ziyad suka mengusik Qisya dan mencetuskan perbalahan sebab dia nampak Qisya tu sedang menanggung kesedihan. Mana kan tidak, buah hati yang dipuja bertahun-tahun berkahwin dengan orang lain. Lepas 2 tahun sibuk-sibuk pula nak cari Qisya semula. Ha, masa nilah Ziy [...]

    6. Cerita yang menyentuh qalbu. Qisya-Ziyad. Ibu mana yang tak sedih, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh meninggal dunia di dalam jagaan. Lagi sedih, suami meletakkan kesalahan 100% diatas bahunya. Sedangkan semuanya adalah suratan takdir Ilahi. Lalu dibawa hati yang lara ke kampung halaman tanpa menyedari dia mengandung anak ke dua. Ingin dikhabarkan berita gembira dengan suami tercinta tetapi setiap panggilan tidak berjawab. Tahu lah dia, suami telah membuang dirinya. Apabila lahirnya bay [...]

    7. Cukup kagum dengan Aleya Aneesa. Tak pernah tinggal pentingnya nilai kekeluargaan dalam setiap kisahnya. Kisah kali ini, saya kira lebih tertumpu pada kuatnya ikatan kekeluargaan antara Qisya, Ziyad dan Firyal. Cukup tersentuh dengan kisah kali ini. Penting sekali lamaran guna pen oren tu cukup legend!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *