Sebarkan Cinta-Mu

Sebarkan Cinta Mu Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya Senyum itu memang menzahirkan ceria namun untuk kebanyakan waktu senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati Inilah novel yang cuba mengurai m

  • Title: Sebarkan Cinta-Mu
  • Author: Fatimah Syarha Mohd Noordin
  • ISBN: null
  • Page: 396
  • Format: None
  • Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada TuhanSenyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya , seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta Di situlah Ibu Dhiya , didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.Ibu Dhiya berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu Ibu Dhiya dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

    One thought on “Sebarkan Cinta-Mu”

    1. ini ada antara buku yang bisa aku angkat pada tahap yang tinggi. Membaca novel yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan penjernihaan pada masalah berkenaan dengan hukum fiqh dan tauhid amatlah menerujakanku. Yang tama dan utama yang cuba narrator ketengahkan dalam novel ialah soal poligami dan ketidakfahaman yang tulus dalam hal ini, baik kepada lelaki ataupun perempuan. Soal yang sensitif bagi kaum hawa ini banyak digunapakai oleh si suami yang ingin melangsungkan hidup dengan beristeri lebih dar [...]

    2. Antara isu yang sering digunakan oleh para orientalis dan musuh Islam untuk memburuk-burukkan Islam ialah isu poligami. Mereka lupa bahawa sebelum Islam datang lagi poligami itu telah diamalkan, malah Islam memelihara sistem poligami ini dengan syarat mampu berlaku adil dan mengehadkan kepada empat orang isteri sahaja. Islam itu adil. Suami dan isteri masing-masing ada hak dalam hal ini, bukannya kelebihan kepada suami semata-mata. Saidatina Fatimah sendiri menolak permohonan Saidina Ali kerana [...]

    3. Novel ni hadiah birthday. Tebal ok novel ni. Tapi gagah aku habiskan dalam dua hari. Seronok kot novel ni. Cerita kisah anak dan ibu. Banyak sangat ilmu diselitkan dalam bentuk cerita. Jadi tak la bosan. Macam baca buku agama dah pulak sebab banyak sangat ilmu dapat. 

    4. Buku ini adalah antara buku yang memberi impak yang mengubah kehidupan si pembacanya. Saya sebagai seorang yang nihil daripada ilmu tauhid, agama dan sama waktu dengannya mula berjinak-jinak dengan buku agama, sejarah, dan lain-lain kerana buku tulisan Ustazah Fatimah ini. Padat dengan jalan cerita yang menarik dan sering membuat kita rasa berdebar, marah, gembira, dan ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Selain itu menengahkan isu semasa yang membelengu muslimin dan wanita sedunia yakni poli [...]

    5. " bukan Allah yang kejam membuat takdir . tetapi manusia sendiri yang tidak mahu berubah ketika diberi pilihan "Not a light reading , I have to say that I need to stop a few times to digest what the Ustazah trying to explain in the book but the experience was awesome. I knew more about hijab , poligami , relationship with people and so on.Perbezaan buku ni dengan sesetengah nuku yang lain is dia jawab soalan kita, bukan macam sesetengah buku sekarang yang terus melabelkan sesuatu perbuatan itu h [...]

    6. Not a light reading, this one I must say but not that I'm complaining. Banyak info yang diketengah. Sikit sebanyak dapat saya memuhasabahkan diri. Dari hijab, hadis, sirah, dan well poligami! The main thing is. Isu yang saya rasa isu yang paling menakutkan untuk seorang perempuan. Islam itu adil. Really. Lelaki dan perempuan diberi hak masing-masing. Bukannya tertakluk kepada lelaki semata-mata. Berjaya membukakan mata saya yang penuh skeptikal pada isu ini.

    7. Hebat. Saya sungguh tertarik untuk membaca dan terus membaca bagi mengetahui apa seterusnya yang berlaku di dalam novel ini walaupun buku ini sangat tebal bagi saya. Kisah yang dipaparkan melalui peristiwa yang berlaku kepada setiap watak memberikan kesedaran tentang isu-isu realiti yang berlaku tanpa saya sedar.Saya suka dengan hak-hak wanita Islam yang disampaikan dan ditekankan melalui kisah keseluruhan buku ini. Saya sendiri tidak pernah tahu dan terfikir bahawa Islam sangat menjaga hak semu [...]

    8. hidup akan teraniaya dan binasa tanpa ilmu agamangguh! sebab Islam telah meletakkan dengan cukup sempurna hak seorang wanita semenjak sebelum hahirnya (pemilihan isteri utk menjadi ibu) selepas lahirnya (susu ibu), pembesarannya (kasih sayang dan didikan ibubapa), sebelum bernikah (pemilihan pasangan), semasa pemilihan calon (setuju/tidak), sebelum/selepas akad (sebarang perjanjian), semasa hidup berumahtangga dan seterusnyangguh dan sungguh, rasa terbela hidup dengan berilmu.hal jodoh sangat be [...]

    9. Tidak keterlaluan kalau aku katakan karya ini padat dan lengkap dengan ilmu yang cukup indah dan berguna buat para muslimah di luar sana. Berjaya merungkai banyak persoalan di mindaku tentang isu monogami dan poligami selama ini. Mengupas dan menjelaskan secara terperinci tentang hak-hak seorang wanita sebelum bernikah, hak-hak isteri terima poligami atau tidak dan hak-hak isteri sebelum dan selepas bercerai, adab poligami dan banyak lagi yang mungkin tidak kita ketahui selama ini. Karya ini san [...]

    10. Alhamdulillah digerakkan hati utk beli n baca buku ni. bkn sekadar novel cinta, tp penuh dgn ilmu fiqh wanita. ttg cinta, pkahwinan, poligami, istikharah, etc. byk nasihat ibu dhiya' tbyg2, tngiang2 Inginkn ending spt sarra n qasdi?? =)nota ibu dhiya' buat anknya qasdi:Maafkanlah:1. Maafkanlah supaya kita diampunkn2. Maafkanlah spy Allah mjd sayang3. Maafkanlah spy kita tdk sama dgn org bodoh4. Maafkanlah krn org mulia sntiasa memaafkn5. Maafkanlah agar kau tmasuk d klgn org y gagah mnhn mrhYe m [...]

    11. Sebarkan Cinta-Mu adalah adaptasi kajian ilmiah penulis serasanya. Usaha yang wajar dipuji dalam mengupas isu poligami. Walau ada di sana sini sobekan (terutama di penghujung cerita), naskhah ini haruslah dibaca bagi penggemar naskhah berwibawa yakni ada isinya.Mabruk penulis!

    12. Alhamdulillah alhamdulillah.Akhirnya berjaya juga habiskan buku setebal 874 muka surat ini.Mungkin agak lama saya mengambil masa menghabiskan buku ini kerana hampir lama juga saya meninggalkan pembacaan buku ini kerana faktor kesibukan sebagaia seorang pelajar dan juga ketebalan buku ini.Pengisian buku ini terlalu hebat!!Kagum!Lengkap!Indah!dan berkualiti.Itulah yang mampu saya rungkaikan sebaik habis membaca novel ini sebentar tadi.Isu yang cuba diketengahkan ustazah berkaitan poligami yang man [...]

    13. Alhamdulillah, buku yang sangat bagus dari segi kupasan ilmu sebelum berumahtangga dan setelah berumah tangga. Walaupun cerita rekaan semata-mata tetapi sarat dengan fakta, perdebatan dan penjelasan yang merungkai kekeliruan dalam soal rumah tangga. Antaranya isu budaya 'couple' yang salah, isu cerai dan isu kekeliruan poligami yang jarang sekali dijelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum. Jawapan-jawapan mengenai isu tersebut disampaikan kepada pembaca dalam bentuk perdebatan dan soal [...]

    14. Ini merupakan buku Fatimah Syarha yang pertama yang berjaya membuatkan saya menangis. Buku ini termatlah 'touching'.Berbeza dengan Aku Ada Wali, daripada memfokus kepada hanya satu watak, ia berjaya memberi life kepada watak-watak yang lain dengan background story masing-masing.Buku ini sungguh berilmiah dan terlalu banyak ibrah yang terdapat dalamnya.Memberi penerangan tentang hak-hak wanita dalam Islam yang sudah tentu akan menggembirakan mana-mana hati pembaca Muslimah. Note: I got this book [...]

    15. Alhamdulillah.lly i'm done reading this book. Subhanallah, buku ni sangat-sangatlah bermanfaat. Penuh dengan ilmu, setiap topik yang dikupas pasti ada penerangan yang detail. Buku ini mengandungi tiga pandangan yang berbeza, golongan yang suka menghukum, golongan yang berfikiran liberal dan golongan yang berfikiran sederhanalam itu sederhana jadi pandangan dari golongan sederhana memang layak untuk diambil contoh. i love this book so much because full with 'tarbiyah'.

    16. sangat bermanfaat dan padat dengan ilmu-ilmu yang sangat berguna di dalam kehidupanntuhan nasihat yang berhemah secara tidak langsung menjentik hati pembaca untuk muhasabah diri dan menjiwai setiap watak yang dikarang.

    17. Alhamdulillah sangat bermanfaat dan digalakkan membaca bagi sesiapa yang inginkan pencerahan mengenai poligami.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *